Wednesday, September 18, 2013

KURSUS ASAS PEMBANGUNAN USAHAWAN
COKLAT BUATAN TANGAN


" Ketahui Bagaimana Untuk Membuat Coklat Buatan tangan Dari Rumah"

Assalamualaikum...

Biasanya kami akan masukkan coretan yang telah berlaku di KOPDAB, tapi kali ini lain sikit. Kami ingin memaklumkan kepada semua,  KOPDAB akan mengadakan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan. Walaubagaimanapun kami memerlukan penyertaan dari orang ramai terutamanya anggota KOPDAB atau anak anggota KOPDAB untuk menjayakan program ini. Kami berharap dengan adanya kursus seperti ini dapat memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang usahawan.

Kenapa Coklat? 
Mungkin ramai yang tidak sedar yang ramai diantara kita adalah penggemar coklat sama ada yang muda atau yang telah berumur....yang perempuan atau lelaki... Dengan rasanya dan bentuk yang berbeza akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Ramai yang tidak tahu coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif.

Mengapa Perlu Mengikuti Kursus Ini?
Permintaan coklat buatan tangan dari rumah yang  mempunyai pelbagai warna, bentuk, jenis dan harga yang sangat berpatutan menarik perhatian orang ramai untuk dijadikan sebagai cenderahati dalam setiap majlis seperti majlis bertunang, majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Ini membuka ruang dan peluang untuk menjadi usahawan secara kecil-kecilan di rumah.
# Anda boleh berniaga bermula dengan kos dan risiko yang minimum untuk memulakan perniagaan. 
# Selain itu juga dapat menjana kretiviti anda dan mendapat tambahan pendapatan, 
# Boleh bekerja dirumah sambil menjaga anak-anak yang masih kecil, sekaligus memupuk minat anak-anak memasak.
# Anda boleh mendapat keuntungan yang tinggi mencecah 200% daripada kos anda!...
# Boleh berdikari untuk menambah pendapatan keluarga dan tak perlu bergantung kepada gaji suami sahaja ataupun mendapatkan duit tambahan bagi meraka yang bekerja. 


MARI KENALI JENIS COKLAT YANG ADA..........

Pada asasnya terdapat 4 jenis coklat iaitu :
a. Coklat Couverture 
Ia merupakan coklat tulen yang paling sedap dan berkualiti, coklat ini sangat sensitif terhadap suhu dan sukar untuk dikendalikan, jika tersilap dalam pengurusannya, ia tidak akan keras dengan sempurna apabila dibekukan. 
b. Coklat Compound 
Ia merupakan coklat yang sering kita makan seperti Cadbury, Vanhoutan dan sebagainya. ia mudah untuk dikendalikan kerana telah dicampur dengan lemak sayur bagi menggantikan lemak koko.
c. Coklat Perisa/Coklat Putih
Sebenarnya coklat putih yang dimasukkan pewarna dan perisa, biasanya coklat yang kita jumpa adalah coklat susu dan dark Coklat.
d. Coklat Diabetik
Ia adalah coklat untuk pengidap diabetes, ia tidak mengandungi gula biasa. Pemanis tiruan dan alternatif digunakan seperti stevia dan sebagainya.

Nak Tahu lebih lanjut tentang Coklat?...... Jom ikuti  " Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan" yang kami anjurkan....

Untuk Maklumat lanjut Sila Hubungi :-
Pejabat : 07-4355501/ 07-4355502
H/P      :  019-7635706 (Liza)

Thursday, July 18, 2013

Menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Pembangunan dari SKMM di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Pada 14 April 2013, seramai tiga orang ahli lembaga koperasi menghadiri di Majlis Penyerahan Bantuan Pembangunan dari SKMM di Plaza Angsana yang diketuai oleh Hj Mohd Bani bin Sariang diikuti Hj Siam bin Judi dan Hj Suhaimi bin Sulaiman.

Bantuan Pembangunan diserahkan oleh SKMM kepada KOPDAB yang mengalami kerosakan di pusat timbang dan ladang akibat banjir kepada ahli lembaga. Penyerahan bantuan itu diwakili oleh Hj Siam bin Judi, iaitu setiausaha KOPDAB.


Ahli Lembaga yang menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Pembangunan tersebut.




Hj Siam bin Judi mewakili ahli lembaga untuk penyerahan Bantuan Pembangunan







Lawatan ke ENG HUAT LATEX, Gemenceh, Negeri Sembilan. Pada 17 Julai 2013.


Assalamualaikum W.B.T

Pada 17 Julai 2013 iaitu pada hari Rabu, Ahli Lembaga telah membuat lawatan ke ENG HUAT LATEX, di Gemenceh, Negeri Sembilan. Lawatan seramai 4 orang ahli lembaga yang diketuai oleh Dr. Hjh. Hayati binti Mohd Salleh diikuti oleh Hj. Jamali bin Jamil, Hj Mohd Sah bin Hamdan dan Hj Suhaimi bin Sulaiman. Lawatan ini bermula pada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui kaedah kawalan dalaman yang digunakan untuk pentadbiran dan organisasi syarikat. Selain itu, ahli lembaga dapat mengetahui dan belajar menggunakan sistem Buah Tanam Segar(BTS) yang digunakan oleh ENG HUAT LATEX. 

Kemudian, ahli lembaga sempat melawat ke pusat pengumpulan getah dan kelapa sawit serta pusat timbang yang beroperasi di ENG HUAT LATEX. Malah,disitu juga terdapat bengkel lori kepunyaan syarikat untuk penyelenggaraan lori sekiranya mengalami kerosakan. Selepas itu, ahli lembaga melawat ke ladang kelapa sawit dan buah-buahan milik ENG HUAT LATEX.

Ahli Lembaga Bersama Bahagian Kawalan Kewangan



Ketika bermesyuarat bersama pemilik ENG HUAT LATEX



Sekian, terima kasih.



Thursday, April 5, 2012

Bengkel Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) di Pantai Penyabong Resort, Mersing.


Assalamualaikum W.B.T.

Pada 25 - 26 Mac 2012 yang lepas,iaitu pada hari Ahad dan Isnin,Pihak KOPDAB bersama-sama Ahli Lembaga Koperasi (ALK)  telah mengadakan Bengkel Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad di Pantai Penyabong Resort, Mersing.Seramai 30 orang yang menyertai Bengkel tersebut dan kami bertolak dari Batu Pahat pada hari Ahad jam 11.00 pagi dan Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi pada jam 2.00 petang.
Terima kasih diucapkan kepada Agen perlancongan Executive Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. http://exectravel.blogspot.com/ kerana telah memberi kerjasama yang amat memuaskan dalam kelangsungan Bengkel  kami di Pantai Penyabong Resort, Mersing tersebut.Apa kaitan Executive Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. dengan Bengkel tersebut ye? Agen ini adalah Pengurus Pantai Penyabong Resort, Mersing. http://exectravel.blogspot.com/2010/05/pantai-penyabong-resort-pprt.html

-------------------------------------------

Tepat jam 4.00 petang, kami

Tuesday, February 28, 2012

Lawatan Kaji Selidik & Taklimat Ringkas Berkenaan Kejayaan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) Dari Kolej RISDA, Melaka.


Assalamualaikum W.B.T.

Anak Punai Terbang Melayang,
Hinggap Mari Di Pohon Jati,
Dari Jauh Tuan Dan Puan Datang,
Amatlah Kami Ternanti-nanti.

Sinonim dengan serangkap pantun diatas, pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran kunjungan dari Kolej RISDA.
Bertarikh 5 Januari 2012 hari Khamis, Pihak Kolej RISDA membuat lawatan kaji selidik keatas kejayaan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB).

Selepas Pengurus Koperasi Tuan Hj Jalil Bin Basiran memberi ucapan alu-aluan, Penolong Pengurus Koperasi Puan Zalifah Binti Ahmad juga memberikan taklimat ringkas kepada pihak Kolej RISDA mengenai Pengenalan Koperasi, Aktiviti-aktiviti Koperasi dan juga Pencapaian Koperasi.

Kedua-dua pihak juga mengadakan sesi soal jawab tentang Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) dengan lebih lanjut.

Objektif lawatan ini Membuat kajian " Apakah Faktor Kejayaan KPK Batu Pahat menjadi 100 Koperasi Terbaik di Malaysia? " dan merupakan salah satu responden yang diminta oleh Bahagian Pengembangan & Pemindahan Teknologi RISDA sebagai sampel kajian ereka.


UNTUK TATAPAN BERSAMA... :)

















Friday, February 24, 2012

Ekspo Teknologi Organik Dan Teknologi Hijau - Anjuran Koperasi Usahawan Pintar Organik Pt Sulong Berhad (KUPPS)


Assalamualaikum...

Pada 7&8 Disember 2011 yang lalu,Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) telah bekerjasama dengan Koperasi Usahawan Pintar Organik Pt Sulong Berhad (KUPPS) untuk bersama-sama menjayakan program Ekspo Teknologi Organik Dn Teknologi Hijau dan Ceramah Sumbangan Wanita Untuk Pembangunan Koperasi.

Program selama 2 hari ini dilengkapi dengan pelbagai aktiviti dan pameran-pameran yang berunsur pertanian,input pertanian seperti baja organik,baja kimia dan juga tanah semaian dan sebagainya.

Turut diadakan Pertandingan Gubahan Herba Dan Aromaterapi dan Pertandingan Gubahan Hamper Sepanjang Tahun. Penyertaan digalakkan kepada anggota-anggota koperasi dan penyertaan amatlah menggalakkan.



Urusetia majlis untuk pendaftaran kedatangan.

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB)
Tuan Hj. Mohd Bani Bin Sariang.




Salah satu Gubahan Herba dan Aromaterapi



Ucapan oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
En. Mohamed Fahrurazi Bin Mohamed Nor.


Majlis dirasmikan oleh Puan Pegawai RISDA Daerah Batu Pahat (PRD)
Puan Azizah Binti Duni.





Penyampai hadiah cabutan bertuah oleh ALK Koperasi
Puan Doktor Hjh Hayati Binti Md Salleh.


Sebelum tu jom layan video kami...

Terima Kasih.


video


Wednesday, February 22, 2012

EDISI UNTUK ANGGOTA Bil.01/2011.01




Assalamualaikum..

Edisi Untuk Anggota Sempena Aidilfitri ini diterbitkan sebagai penghargaan khususnya kepada anggota-anggota Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDAB) yang selama ini telah banyak menyokong Koperasi selama 30 Tahun penubuhannya.

Disini kami sertakan Coretan Dari Meja Sidang oleh Tn. Hj. Mohd Bani Bin Sariang (Pengerusi Koperasi)

“ Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesejahteraan, edisi ini dapat dikeluarkan Sempena Aidilfitri 1432H ini. Tiada lain tujuan utamanya dengan niat merapatkan ukhwah sesama kita Anggota, ALK dan warga kerja Koperasi.

Saudara/Saudari Anggota KOPDAB yang dikasihi,

Dalam menjalani ibadah puasa, tidak lupa kita bersama-sama memohon restu kehadrat Ilahi semoga diberkati dan diredhai untuk terus memajukan Koperasi kita.Kemajuan dan kejayaan demi kejayaan telah dicapai sejak ditubuhkan pada 01.10.1981. Sokongan dan bantuan Anggota semua adalah suntikan jitu untuk Koperasi lebih maju.

Akhir kata, dengan penuh rendah diri, saya mewakili ALK dan Pihak Pengurusan KOPDAB mengucapkan Salam Aidilfitri Minal Walfa Izil 1432H. Maaf Zahir Batin. Sekian hingga bertemu lagi dilain keluaran Edisi KOPDAB yang akan datang. “

Terima Kasih.

(Hj. Mohd Bani Bin Sariang)

Pengerusi Koperasi